HINA AGONG : Eric Liew Mohon Maaf | Edisi MG 7 JANUARI 2019

2019-04-23 4

Akibat memuatnaik posting, “terlalu sibuk berzina dengan pengantin barunya” di media sosial, ratusan netizen mengecam Eric Liew dan mendesak syarikat Cisco Asean mengambil tindakan memecat kakitangannya itu kerana biadab menghina Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.


Walaupun Eric Liew kemudian memaparkan posting memohon maaf kepada Yang di-Pertuan Agong dengan tulisannya itu netizen yang tidak menerima permohonan maaf itu, mahu polis menahan Eric Liew dan dimasukkan ke lokap sebagai pengajaran dan ada yang mengancam hendak memboikot produk keluaran Cisco Asean jika tiada sebarang tindakan diambil ke atas Eric.


Cisco Asean dalam entri di facebook rasmi mereka menulis akan mempertanggungjawabkan proses siasatan kepada Cisco Malaysia berhubung komen biadap Eric Liew terhadap tindakan peletakan jawatan bekas Yang DiPertuan Agung, Sultan Muhammad V semalam.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv